Ahli kumpulan

Sarmela Serigaran -15DAT17F1015 (DAT2A)

Jancy William-15DAT17F1011 (DAT2A)

Tan Sze Teng -15DAT17F1022 (DAT2B)

Shakila Rethnasamy Naidu -15DAT17F1019 (DAT2A)

Satiaperia V.Veeraselvam -15DAT17F1004 (DAT2B)


Friday 2 March 2018

Keistimewaan orang kurang upaya di Malaysia







MAKSUD OKU:

Orang Kurang Upaya(OKU) merujuk kepada individu yang memerlukan perkhidmatan isitimewa bagi membolehkan mereka hidup berdikari dalam komuniti. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam  masyarakat”.

KATEGORI OKU:

Terdapat 7 kategori OKU yang boleh dipertimbangkan bagi tujuan pendaftaran OKU oleh   Jabatan  Kebajikan Masyarakat seperti berikut :


(i) Kurang Upaya Pendengaran -



Tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.  Terdapat empat tahap yang boleh dikategorikan sebagai OKU Pendengaran, iaitu :

Minima (Mild) - (20 - < 30 dB) (untuk orang dewasa)
Sederhana (Moderate) - (30 - < 60 dB)
Teruk (Severe) - (60 - < 90 dB)
Sangat Teruk (Profound) - (> 90 dB)


(ii) Kurang Upaya Penglihatan 




Tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di kedua-dua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh.  Terdapat dua tahap kurang upaya  penglihatan seperti berikut :-

Terhad   -  Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tetapi sama dengan ataU lebih baik daripada 3/60                
                  walaupun dengan  menggunakan alat bantuan penglihatan atau medan   penglihatan kurang 
                  dari 20 darjah dari fixation.
Buta -        Penglihatan kurang daripada 3/60 atau medan  penglihatan kurang dari 10 darjah dari  fixation




(iii)  Kurang Upaya Pertuturan 




Tidak boleh bertutur  sehingga menyebabkan gangguan berkomunikasi dengan sempurna dan tidak boleh difahami oleh mereka yang berinteraksi dengannya.  Keadaan ini adalah kekal atau tidak akan sembuh. Bagi kanak -kanak mestilah berdasarkan penilaian pada umur lima tahun  ke  atas.  Sekiranya ada kemusykilan, Pakar Otorinolaringologi hendaklah dirujuk.


        (iv) Kurang Upaya Fizikal 

Ketidakupayaan anggota badan sama ada kehilangan atau tiada suatu anggota atau ketidakupayaan di   mana-mana bahagian badan yang mengalami keadaan seperti hemiplegia, paraplegia, tetraplegia, kehilangan anggota, kelemahan otot-otot yang mengakibatkan mereka tidak dapat melakukan aktiviti asas seperti penjagaan diri, pergerakan dan pertukaran posisi   tubuh badan.  Kedaan ini boleh terjadi akibat daripada kecederaan (trauma) atau ketidakfungsian sistem saraf,  kardiovaskular, respiratori, hematologi, imunologi, urologi, hepatobiliari, muskuloskeletal, ginekologi dan lain -lain.

Contoh ketidakupayaan fizikal

Limb defects (conggenital / acquired) termasuk, kehilangan ibu jari tangan.



Spinal Cord Injury Stroke hanya sekiranya tiada pengembaliaan fungsi selepas enam bulan.


 
Traumatic Brain Injury 



Kerdil (Acondroplasia) iaitu < 142cm bagi lelaki dan < 138 cm bagi wanita 



Celebral Palsy 





           (v) Masalah Pembelajaran



Masalah  kecerdasan   otak  yang tidak selaras dengan usia biologikal. Mereka yang tergolong dalam kategori ini adalah lewat perkembangan global, Sindrom Down,  dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti Autisme (Autistic Spectrum Disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (Dyslexia, Dyscalculia dan Dysgraphia).

           (vi) Kurang Upaya Mental

Keadaan penyakit mental yang teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh Pakar Psikiatri.  Akibat daripada penyakit yang dialami dan telah menjalani rawatan psikiatri, mereka masih tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan dirinya atau perhubungan dalam masyarakat. Di antara jenis-jenis penyakit mental tersebut ialah Organic Mental Disorder yang serius dan kronik, Skizofrenia, Paranoid, Mood Disorder (depression, bipolar) dan Psychotic Disorder seperti Schizoaffective Disorder dan Persistent Delusional Disorders.            

          (vii) Pelbagai  (Multiple Disabilities)

Kurang Upaya Pelbagai (Multiple Disabilities)- mempunyai lebih daripada satu jenis  ketidakupayaan dan secara umumnya tidak sesuai diklasifikasikan dalam kategori satu hingga enam.




 BAHASA ISYARAT OKU









KEISTIMEWAAN DAN KEMUDAHAN
 KEPADA GOLONGAN ORANG KURANG UPAYA


1)Sukan
Majlis Paralympik Malaysia telah ditubuhkan bagi menggalakkan sukan dan rekreasi di kalangan orang kurang upaya. Jabatan dan NGOs bersama-sama menganjur dan menggalakkan orang kurang upaya di dalam berbagai-bagai bidang sukan dan riadah. Kejohanan Sukan Paralympik Malaysia bagi Orang Kurang Upaya/ Jemputan ASEAN diadakan dua tahun sekali. Skim insentif bagi ahli-ahli sukan orang kurang upaya dan hadiah-hadiah berbentuk kewangan kepada pemenang atlit-atlit di Kejohanan-kejohanan Sukan Antarabangsa disediakan.




2)Kegiatan Kesenian dan Kebudayaan
Untuk menggalakkan orang kurang upaya menyertai berbagai-bagai kegiatan kesenian dan kebudayaan, satu kumpulan Kesenian Orang Kurang Upaya ditubuhkan dan satu tabung juga dilancarkan bagi memudahkan kumpulan ini menjalankan aktiviti dan latihan.




3)Kemudahan Pendidikan
Kementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khas kepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran. Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui program integrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftaran kemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihan kemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan. Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00 sebulan.


4)Kemudahan Akses di Bangunan Awam
Satu Jawatankuasa telah ditubuhkan untuk memastikan orang kurang upaya ada akses tanpa halangan dalam menggunakan kemudahan-kemudahan awam. Akses orang kurang upaya kepada kemudahan-kemudahan dalam dan luar bangunan telah dimasukkan dalam pindaan kepada Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Dalam hubungan ini Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengambil inisiatif dan memainkan peranan dalam menggalakkan berbagai kemudahan diwujudkan bagi membolehkan mereka yang kurang upaya bergerak bebas. Satu daripada pencapaian ini ialah penubuhan Jawatankuasa Teknikal yang Urusetianya ialah SIRIM telah merangka “ Kod Amalan Akses Bagi Orang Kurang Upaya Ke Bangunan Awam” yang mana telah menghasilkan pindaan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 berkaitan dengan kehendak-kehendak bangunan untuk orang kurang upaya di mana bangunan baru diwajibkan mempunyai kemudahan akses kepada orang kurang upaya. Antaranya termasuklah “ram” dan “railings”, laluan yang bersesuaian dengan kerusi roda, lif khas dengan reka bentuk yang sesuai, tempat letak kereta, tandas khas dan sebagainya.

5)Kemudahan Dan Galakan Pelepasan Cukai
Kerajaan juga memperluaskan potongan cukai berganda dalam tahun 1981 kepada majikan-majikan mengambil pekerja kurang upaya dan dalam tahun 1991. Kerajaan pula menambahkan bagi pelepasan pengecualian cukai bagi ibubapa yang mempunyai anak kurang upaya di bawah umur 18 tahun. Kerajaan juga memberi ribet cukai kepada pembayar cukai bagi membeli alat-alat khas bagi kegunaan sendiri atau kegunaan anak dan ibubapa yang kurang upaya;

Sebagai galakan berterusan bagi memelihara orang kurang upaya dan sebagai pelepasan tambahan kepada potongan diri RM5,000 dan potongan untuk isteri RM3,000, Kerajaan telah meluluskan pelepasan tambahan sebanyak RM5,000 diberi kepada pembayar cukai yang kurang upaya dan sebanyak RM2,500 lagi kepada pasangan yang kurang upaya mulai tahun 1995.


6)Kemudahan Pengangkutan Awam
Jabatan sentiasa menggalakkan syarikat-syarikat pengangkutan supaya memberi tambang konsesi kepada orang kurang upaya. Sehingga kini terdapat beberapa buah syarikat pengangkutan telah memberi insentif pengangkutan kepada golongan kurang upaya. Antaranya Sistem Penerbangan Malaysia memberi tambang murah sehingga 50% bagi penerbangan dalam negeri, Keretapi Tanah Melayu memberi tambang konsesi sehingga 50% bagi semua perjalanan bagi semua kelas, Syarikat bas TRANSNASIONAL memberi konsesi 25% daripada harga tambang dan PUTRA-LRT juga telah memberi konsesi tambang kepada golongan kurang upaya.
7)Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan
Orang kurang upaya dikecualikan daripada bayaran rawatan di Hospital Kerajaan termasuk bayaran wad kelas tiga, bayaran pakar dan ubat-ubatan.
8)Pengecualian Bayaran Dokumen Perjalanan
Jabatan Imigresen mengecualikan bayaran ke atas perkhidmatan menyedia dan memproses dokumen perjalanan (passport Antarabangsa) kepada golongan kurang upaya.
9)Kemudahan Peluang Pekerjaan
Komitmen kerajaan untuk membuka peluang pekerjaan kepada golongan kurang upaya terbukti melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 10/1988 yang telah dikeluarkan dimana kouta 1% peluang pekerjaan di sektor awam diperuntukkan kepada golongan orang kurang upaya.
Bagi Sektor Swasta, Jawatankuasa Penggalakan Pengajian Orang Cacat Di Sektor Swasta telah ditubuhkan dalam tahun 1990 di bawah Jabatan Buroh Semenanjung Malaysia telah mewujudkan Kod Amalan Penggajian Orang Kurang Upaya di Sektor Swasta yang merupakan suatu garis panduan kepada agensi kerajaan, majikan, pertubuhan majikan, pekerja, kesatuan sekerja dan pertubuhan orang kurang upaya serta orang kurang kurang upaya sendiri untuk pendaftaran dan penempatan kerja orang kurang upaya bekerja di sektor swasta.
Bagi orang kurang upaya, mereka boleh membuat pendaftaran di mana-mana pejabat buruh di negeri dan daerah )
10)Kemudahan Membeli Kereta Dan Motorsikal Nasional


Kerajaan memberi pengecualian cukai jualan sebanyak 50% ke atas pembelian kereta atau motorsikal nasional bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu dan tidak berkeupayaan memandu.
Bagi orang kurang upaya yang berkeupayaan memandu, setiap permohonan mestilah disertakan dokumen berikut:-
· Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya;
· Kad Pengenalan;
· Lesen Memandu yang sah;
· Maklumat Kenderaan - Model, No.Enjin, No.Chasis dll.
Bagi golongan orang kurang upaya yang tidak berkeupayaan memandu, mereka boleh mendapat kemudahan tersebut dengan syarat Pihak kedua ( Ibubapa/isteri) boleh memandu bagi pihak mereka. Setiap , permohonan mestilah disertakan dolumen berikut:-
· Lesen memandu - pihak kedua;
· Kad Pengenalan - pihak kedua;
· Maklumat yang menyokong hubungan antara penama dan pihak kedua;
· Kad Pengenalan;
· Kad Pengenalan OKU;
· Maklumat Kenderaan – Model, No.Enjin, No.Chasis dll.
11)Kemudahan Alat Ganti Orang Kurang Upaya


Kerajaan memberi pengecualian duti impot dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.
12)Pencen Terbitan
Kerajaan melalui JPA menyediakan pencen terbitan kepada anak/tanggungan penjawat awam yang meninggal dunia.
13)Kemudahan Mendapat Latihan dan Pemulihan




Jabatan Kebajikan Masyarakat menyediakan program latihan kepada kanak-kanak kurang upaya dengan menyediakan program latihan kemahiran dan pemulihan diri di Institusi-institusi Jabatan. Buat masa ini perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan ini kepada kategori kurang upaya anggota dan akal (bermasalah pembelajaran) sahaja.
14)Kemudahan Geran Pelancaran
Jabatan Kebajikan Masyarakat juga membantu golongan kurang upaya yang berpendapatan kecil atau yang ingin menjalankan perniagaan kecil dengan menyediakan peruntukkan geran pelancaran berkadar maksimum RM2,000

15)Sumbangan Kepada Program-Program OKU


Jabatan menggalakkan penyertaan aktif dan sumbangan daripada sektor swasta/ korporat untuk memainkan peranan yang lebih besar dan positif bagi kebajikan orang kurang upaya selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menuju ke arah masyarakat penyayang menghadapi Wawasan 2020 dan menepati Dasar Kebajikan Masyarakat Negara.

16)Kemudahan Telekom
Syarikat Telekom Malaysia telah menyediakan insentif/kemudahan kepada golongan orang kurang upaya seperti berikut:-
· Bayaran Sewa bulanan di kecualikan kepada golongan kurang upaya.
· Panggilan 103 (operator) tidak dikenakan sebarang caj
· Menyediakan panggilan menunggu atau panggilan pindahan secara percuma.
Bagi orang kurang upaya berumur 19 tahun dan ke atas mereka layak memohon menggunakan maklumat sendiri dan bagi mereka berumur 18 tahun dan ke bawah mereka juga boleh memohon perkhidmatan bagi pihak keluarga mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak STMB.
17)Takaful Malaysia Berhad
Menyediakan Insuran(Perlindungan) bagi OKU yang merangkumi Perlindungan bagi:-
· Kemalangan;
· Kematian - urusan pengkebumian;
· Keilapan Kekal (kurang upaya/disability) akibat penyakit;
· Keilapan Kekal akibat kemalangan;
· Perbelanjaan perubatan kecederaan akibat kemalangan
Syarat-syarat permohonan:
· Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat;
· Berdaftar dengan mana-mana persatuan.

Pencapaian Golongan Kurang Upaya di Malaysia


                        Mohamad Ridzuan




 1. Mohamad Ridzuan berusia 29 tahun dan dilahirkan di Perlis.

2. Beliau disahkan pihak doktor menghidap cerebral palsy sejak berusia setahun.

3. Menurut laman web Paralympic.org, Mohamad Ridzuan mula menceburi sukan ini untuk satu acara perlawanan antara sekolah di Perlis. Bakat beliau dicungkil pada 2004.

4. Mohamad Ridzuan membuat kemunculan pertama sebagai atlet profesional dalam Sukan Para ASEAN yang diadakan di Solo, Indonesia pada 2011.

5. Jurulatih olahraga para, R. Jeganathan bertindak sebagai jurulatihnya. 

6. Sebagai persiapan untuk temasya Paralimpik di Rio, Mohamad Ridzuan diberi peluang untuk menerima latihan insentif selama dua minggu di Jerman dan berlatih bersama atlet sana.

7. Beliau  pernah menduduki ranking nombor satu dunia dalam acara 100m T36. Menurut laman web Stadium Astro, kedudukan beliau jatuh ke tangga keempat setelah dipintas oleh pelari China Yang Yi Fei

8. Mohamad Ridzuan memenangi Anugerah Olahragawan Paralimpik Kebangsaan susulan kejayaan memenangi pingat emas pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Qatar bagi acara 100m (T36) dan Sukan Para ASEAN (APG) Singapura dalam acara 100m dan 200M


                                         Muhammad Ziyad Zolkefli




1. Berusia 26 tahun, Ziyad menghidap masalah pembelajaran (intellectual impairment) dan ia dikenal pasti ketika beliau berada di bangku tadika.

2. Ziyad merupakan anak sulung daripada empat beradik.

3. Menurut portal Paralympic, Ziyad mula menceburi sukan ini sejak tahun 2008. Ia merupakan satu acara sukan yang wajib di sekolahnya.

4. Ziyad membuat kemunculan pertama dalam Kejohahan Paralimpik di London pada tahun 2012, dan ketika itu beliau berjaya memenangi pingat gangsa.

5. Beliau pernah memenangi pingat emas kategori F20 lelaki dalam Kejohanan Olahraga Dunia JawatanKuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) pada tahun 2013.

6. Selain itu, Wikipedia melaporkan, Ziyad turut raih pingat emas dalam Sukan Para Asia yang berlangsung pada tahun 2014.

7. Selepas kemenangannya dalam Kejohanan Dunia 2013, Ziyad diiktirafkan sebagai Atlet Paralimpik Negara Terbaik bagi tahun 2013 oleh Anugerah Sukan Negara.

8. Menurut ayahnya, Zolkefli, sebelum Ziyad menyertai Majlis Sukan Negara, beliau menjual kuey tiau di Jalan Tuanku Abdul Rahman, lapor Free Malaysia Today.
 


                                                                Tengku Anas



1.Kecacatan bukan penghalang untuk Tengku Anas untuk berjaya

2.Golongan orang kurang upaya (OKU) kini bukan sahaja mampu menonjolkan kejayaan    mereka sebagai penjawat awam malahan dalam bidang keusahawanan. 

3.Golongan ini dilihat begitu gigih serta memiliki kesabaran yang tinggi apabila menceburi satu-satu bidang, seolah-olah kecacatan bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan. 

4.Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yang cacat pendengaran, kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu.

5.Menceritakan pengalaman sebelum menceburi perusahan berkenaan sejak 10 tahun lepas, beliau mula bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur pada 1990 selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam, Selangor. 

6.Setahun selepas bekerja di ibu kota, beliau yang merupakan anak sulung daripada enam beradik terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambilalih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya, yang terkorban dalam nahas jalan raya.

TIMBA ILMU

Mengimbas pengalamannya dalam industri pembuatan batik sutera, Tengku Arman mula bekerja di kilang Romi Batik di Chender




                               Mohd Khairi Othman


 Bagi insan istimewa, Mohd Khairi Othman, 42, yang dilahirkan cacat sejak lahir tanpa kaki dan tangan sempurna, beliau berasa amat bertuah kerana mampu berdikari bagi melakukan hal itu sebagaimana ibu bapa yang lain.

"Saya amat bersyukur kerana diberikan rezeki oleh tuhan untuk menyediakan segala kelengkapan dan pakaian sekolah untuk anak saya, Muhammad Tasnim, 7, yang mula bersekolah dalam darjah satu hari ini.

Mohd Khairi berkata beliau meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat anak lelaki tunggalnya itu berjaya dalam pelajaran sekali gus menjadi insan berguna kepada agama, bangsa dan negara suatu hari nanti.

"Selepas tamat belajar di Taska Pulau Manis tahun lalu, Muhammad Tasnim sekarang masuk ke Sekolah Kebangsaan Pulau Manis, Pekan.

"Saya sering menasihatkan dia agar belajar bersungguh-sungguh kerana saya tidak sempurna seperti bapa lain, bagi menyara keluarga, saya terpaksa bertungkus lumus melakukan pelbagai kerja termasuk membuka kedai runcit dan menternak ikan sebelum ini.

"Muhammad Tasnim saya perhatikan adalah seorang kanak-kanak bijak, aktif dan memahami keadaan kami. Jadi tidak hairanlah jika dia fokus dalam segala hal yang dilakukan termasuk belajar serta bersukan selain menyimpan cita-cita menjadi seorang pegawai tentera," katanya.

"Dahulu suami saya menternak ikan sangkar di tepi Sungai Pahang tetapi setelah beberapa kali tidak menjadi, kami mengambil keputusan membuka kedai runcit di kampung ini. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan suami, kami dapat menjalani kehidupan secara sederhana.

"Saya kagum dengannya kerana tidak pernah mengeluh dengan segala kesulitan dialami, lebih istimewa dia mampu untuk membesarkan anak dan mahu memberi pelajaran yang terbaik kerana menyedari pentingnya pengetahuan untuk masa depan," katanya.

Sementara itu, Muhammad Tasnim berkata, dia amat teruja untuk memulakan sesi persekolahan hari ini kerana dapat belajar dan berjumpa kawan baharu di sekolah.

Pada tahun 2010, Bernama pernah melaporkan tentang perkahwinan Mohd Khairi yang hanya mempunyai tangan sehingga paras siku dan tanpa kaki, melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya, Zaleha di Masjid At-Taqwa di sini selepas setahun mereka berkenalan. - BERNAMA



                                   Lee Thiam Wah


Apabila berusia hampir lapan bulan, beliau telah disahkan menghidap polio dan lumpuh pada bahagian kakinya.  Bapanya, merupakan seorang pekerja binaan, dan ibunya yang merupakan seorang penjaja ketika itu  bekerja keras untuk menyara kehidupan mereka serta sebelas orang anak mereka.
Oleh kerana mereka tidak mampu membiayai pengajian Liam Wah, beliau hanya menerima pengajian sekolah rendah untuk tempoh 6 tahun. Untuk mengisi masa beliau dia membaca buku yang dipinjam dari jiran dan menjual  makanan ringan  di gerai tepi jalan.
Permulaan pasar mini 99 Speedmart, dimulakan dalam bentuk kedai runcit  tradisional yang diberi nama Pasar Raya Hiap Hoe yang diasaskan oleh beliau di Tepi Sungai, Klang.
Dengan dedikasi dan kerja keras, Lee mengembangkan Pasar Mini 99 ke 8 kedai lain di Klang melalui cara cawangan-cawangan kedai. Pencapaian ini menyakinkan Lee bahawa cawangan-cawangan baru pasar mini 99 bersedia untuk pergi  lebih jauh.
Kini, terdapat lebih 570 cawangan 99 Speedmart yang sedang beroperasi dan syarikat ini mempunyai lebih daripada 6000 pekerja. Dengan 4 pusat pengedaran dan 105 buah lori, mereka dapat memenuhi permintaan 99 Speedmart yang semakin pesat berkembang dan setiap hari menguruskan penghantaran kepada 300 cawangan 99 Speedmart .

Langkah kecil pertama ini telah membantu Lee dalam menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman di sektor pasaran runcit menerusi pengalamannya berinteraksi secara terus dengan pelanggan dan pembekal.
Pada tahun 1992, Lee telah menjual perniagaannya dan memperoleh RM 38000 lalu membuka sebuah pasar mini.


No comments:

Post a Comment